fbpx

PLUS jangka jumlah kenderaan meningkat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA – PLUS Malaysia Berhad (PLUS) menjangkakan akan berlaku peningkatan jumlah kenderaan di lebuh raya kendalian PLUS dalam tempoh terdekat.

Ketua Perhubungan Libat Urus Strategik PLUS, Syed Mohammed Idid Syed Ahmed Idid berkata, ia susulan pengumuman Timbalan Ketua Polis Negara mengenai kebenaran pergerakan rentas negeri membabitkan tujuan kerja, perubatan, pendidikan dan kecemasan.

“Kami akan terus komited untuk memastikan keselamatan dan keselesaan pelanggan terutama bagi mereka yang perlu melakukan perjalanan dalam tempoh terbabit.

“Kawasan rehat dan rawat (R&R) PLUS beroperasi seperti biasa 24 jam sehari (tertakluk kepada
arahan Pihak Berkuasa Tempatan) dan seramai 600 usahawan di R&R bersedia memberi perkhidmatan terbaik,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani sebelum ini memaklumkan pergerakan rentas negeri bagi tujuan pekerjaan, perubatan dan pendidikan dibenarkan.

Bagaimanapun ia hanya dibenarkan pada hari Isnin hingga Khamis dan pergerakan rentas negeri melibatkan kategori itu tidak dibenarkan pada hari Jumaat hingga Ahad. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI