fbpx

Penyeludup tukar waktu ‘operasi’ pada waktu berbuka puasa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Shafie mengagihkan bubur lambuk kepada nelayan di perairan Kuala Perlis pada petang semalam. - FOTO: SHAHIR NOORDIN

KUALA PERLIS – Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Kuala Perlis terus meningkatkan rondaan di perairan ini termasuk di laluan penyeludupan daun ketum terutama pada waktu umat Islam berbuka puasa sepanjang Ramadan ini.

Pengarah APMM Zon Maritim Kuala Perlis, Komander Maritim Mohd. Shafie Paing berkata, ia berikutan maklumat yang diperoleh mengatakan terdapat cubaan dan pergerakan sindiket antara pukul 7 malam hingga 9 malam.

“Modus operandi sindiket pada Ramadan ini berbeza sedikit daripada sebelum ini yang mana mereka mengambil kesempatan pada waktu umat Islam berbuka puasa iaitu antara pukul 7 hingga 9 malam.

“Penyeludup beranggapan pada waktu itu wujud kelompongan atau ruang untuk mereka menjalankan kegiatan penyeludupan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas melakukan rondaan dan mengagihkan kira-kira 200 bekas bubur lambuk kepada komuniti nelayan di perairan Kuala Perlis serta penduduk di kampung angkat di sini semalam.

Kata Shafie, anggota APMM sentiasa bersedia mengekang jenayah di laut dengan rondaan 24 jam di perairan negara.

“Anggapan kumpulan penyeludup itu salah kerana rondaan terus dipergiatkan termasuk di kawasan sempadan perairan negara dan laluan penyeludupan,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI