fbpx

Pengasuh lepas, bebas aniaya bayi 5 bulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Mahkamah Sesyen di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang pengasuh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan menganiaya seorang bayi lelaki berusia lima bulan sehingga lebam di paha kiri dan luka kecil di tangan kanan, tahun lepas.

Hakim Izralizam Sanusi membebaskan Noraini Mohamad, 46, selepas berpuas hati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh di akhir kes pendakwaan.

Dalam penghakimannya, Izralizam berkata pihak pendakwaan gagal memuaskan elemen bagi keterangan mengikut keadaan kerana mangsa pulang dari taska pada pukul 5.30 petang sementara ibu bapa mangsa yang merupakan saksi pertama dan kedua hanya menyedari kecederaan itu pada jam 6 pagi keesokannya.

“Ibu bapa mangsa telah menukar lampin mangsa pada malam kejadian namun mereka tidak menyedari kesan lebam pada paha mangsa. Ini bermaksud, kecederaan mungkin berlaku antara jam 5.30 petang hingga 6 pagi (keesokannya) yang mana pada ketika itu mangsa berada dalam jagaan ibu bapanya,” katanya.

Selain itu Izralizam juga berkata hasil rakaman Televisyen Litar Tertutup (CCTV) juga tidak menunjukkan sebarang perlakuan tertuduh mencederakan fizikal mangsa.

Justeru tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tersebut dan wang jaminan (RM3,000) dikembalikan kepada tertuduh.

Sepanjang perbicaraan berlangsung pada 1, 2 dan 23 Mac lalu seramai enam saksi pendakwaan memberi keterangan.

Mengikut pertuduhan, Noraini didakwa melakukan kesalahan tersebut di Taska De Sayang, Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra di Putrajaya antara pukul 7.30 pagi dan 5.30 petang pada 7 Jan 2020.

Pertuduhan terhadapnya dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman denda maksimum RM50,000 atau penjara sehingga 20 tahun atau kedua-duanya.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman Azahan manakala tertuduh diwakili peguam Navind Kumar. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI