fbpx

Pegawai kesihatan perlu bersikap rasional – PPIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Masjid Sri Maulana di Pekan, Pahang dikenakan kompaun sebanyak RM10,000 kerana didapati gagal mematuhi SOP kelmarin.

PETALING JAYA – Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) meminta pegawai kesihatan bersikap rasional sebelum mengeluarkan saman melibatkan kesalahan melanggar prosedur operasi standard (SOP) Covid-19.

“PPIM memandang serius tindakan saman yang dikenakan terhadap pengurusan Masjid Sri Maulana di Pekan, Pahang kelmarin kerana tidak memaparkan kod QR MySejahtera dan buku pendaftaran lawatan.

“Berdasarkan maklumat yang kami terima kedua-dua item tersebut sudah disediakan pengurusan masjid cuma ia belum diletakkan di tempat yang sepatutnya kerana masih awal,” kata PPIM dalam kenyataan akhbar di sini hari ini.

Tindakan kompaun sebanyak RM10,000 itu dikeluarkan pada pukul 11 pagi kelmarin atas nama Pengerusi Jawatankuasa Masjid atas kesalahan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988.

PPIM menyifatkan tindakan mengenakan kompuan itu sebagai tegas tidak bertempat dan dilakukan secara terburu-buru.

“Walaupun kompaun berkenaan telah dikurangkan 50 peratus dan diselesaikan oleh seorang individu, jumlah wang RM5,000 itu sepatutnya boleh dimanfaatkan untuk perkara lain terutamanya kepada masyarakat setempat.

“PPIM turut berharap pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mengeluarkan kenyataan khas berhubung isu tersebut agar tindakan pegawai yang dilihat seperti tergesa-gesa itu tidak menjadi amalan pegawai penguatkuasa yang lain,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI