fbpx

Netizen puji Haris makin kacak selepas kahwin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar posting Haris mempromosikan ubat jenama terkenal yang mendapat perhatian netizen hari ini.

PETALING JAYA – “Kacaknya, wajah iras Hairul Azreen.”

Itu antara komen yang ditulis netizen dalam ruangan komen hantaran Instagram pendakwah bebas, Haris Ismail,26, hari ini.

Meskipun hantaran tersebut dimuat naik untuk tujuan promosi ubat kesihatan, namun ruangan komen dibanjiri dengan pujian daripada golongan wanita.

Rata-rata netizen memuji ketampanan bekas peserta program Pencetus Ummah itu yang dilihat semakin kacak selepas berkahwin.

Tangkap layar komen nakal netizen kepada Haris.

Malah, ada juga yang mengatakan wajah suami kepada selebriti terkenal, Neelofa itu mirip pelakon, Hairul Azreen dan penyanyi, Sufian Suhaimi.

Lebih lucu, terdapat netizen wanita yang berseloroh kecewa kerana Haris sudah berkahwin.

“Pening lihat awak kacak sangat.

“Ish suami orang ni,” tulis netizen.

Haris bagaimanapun telah memadam hantaran tersebut sebentar tadi.

Untuk rekod, Haris atau nama sebenarnya Muhammad Haris Mohd Ismail selamat mendirikan rumah tangga bersama Neelofa pada 27 Mac lalu di sebuat hotel terkemuka di ibu negara.

Bagaimanapun, majlis perkahwinan pasangan itu masih menjadi perdebatan netizen kerana didakwa melanggar prosedur operasi standard (SOP) dan kini masih dalam siasatan pihak berkuasa.

Beberapa jam selepas posting itu mendapat pujian netizen, pemerhatian Kosmo! Online mendapati gambar itu telah dipadamkan. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI