fbpx

Nak puaskan hati, Azhan Rani dah 3 kali calit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
AZHAN RANI

PETALING JAYA – Gara-gara berasa tidak sedap hati, pelakon Azhan Rani mengambil keputusan untuk melakukan ujian calitan Covid-19n untuk kali ketiga demi memuaskan hati sendiri.

Menurut Azhan, dia melakukan ujian calitan tersebut kerana berasa bimbang selepas beberapa rakan sekerjanya disahkan positif Covid-19.

Kerana ingin memuatkan hatinya sendiri, Azhan telah melakukan ujian calitan tersebut di sebuah klinik di Bukit Beruang, Melaka pada malam tadi ketika berada di negeri tersebut atas urusan penggambaran.

“Syukur alhamdulillah. Walaupun ini ujian calitan ketiga, tapi kali ini sedikit berdebar nak buat (ujian calitan) memandangkan ada beberapa rakan kerja sebelum ini kecundang dengan keputusan ujian calitan ini.

“Atas rasa tidak sedap hati dan mahu puaskan hati, malam ini (semalam) juga gagah mencari mana-mana klinik di Melaka yang boleh buat ujian calitan Covid-19. Dengan izin Allah SWT yang Maha Penyayang keputusan yang keluar juga negative. Syukur atas izin Allah SWT,” ujarnya.

Dalam pada itu, pelakon KL Gangster Underworld itu juga berdoa untuk sahabat-sahabatnya yang sedang menjalani kuarantin supaya cepat sembuh.

“Doa saya untuk rakan-rakan yang sedang dalam kuarantin juga cepat sembuh. Semoga kita juga sama-sama lebih tenang berdepan dengan masalah ini. Tidak ada sesiapa yang mahu dijangkiti. Andai ada kenalan dan keluarga yang terkena, hadapilah dengan tenang,” ujarnya.

Pelakon berusia 45 tahun itu turut memohon doa daripada orang ramai juga perjalanannya mencari rezeki di Melaka dipermudahkan dan dilindungi Allah SWT. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI