fbpx

Mayat pemandu treler balak ditemui tersepit

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis dan bomba mengeluarkan mayat mangsa yang tersepit di ruang penumpang sebuah treler muatan balak yang terbalik ke dalam tasik semalam.-Foto AIMUNI TUAN LAH

GUA MUSANG – Selepas 24 jam nahas melibatkan sebuah treler balak terbalik ke dalam tasik di Kilometer 47, Jalan Lojing-Gua Musang di sini, mayat pemandunya ditemui tersepit di ruang penumpang kenderaan berat itu hari ini.

Mangsa, Kamarulzaman Sallehuddin, 33, yang berasal dari Padang Rengas, Perak ditemui dalam kenderaan itu kira-kira pukul 2.30 petang tadi.

Sebelum itu, operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh anggota polis Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gua Musang, Balai Bomba dan Penyelamat Gua Musang dan Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) Kota Bharu telah berjaya membawa naik bahagian kepala treler balak berkenaan menggunakan dua buah kren bermula pukul 12.30 tengah hari.

Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, mayat mangsa berjaya dikeluarkan oleh anggota bomba dengan menggunakan peralatan khas.

Katanya, anggota bomba yang bertugas mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mayat mangsa yang dipercayai terperangkap di bahagian tempat duduk penumpang hadapan.

“Mayat mangsa telah dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Gua Musang untuk dibedah siasat sebelum diserahkan kepada ahli keluarga untuk urusan pengebumian,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI