fbpx

Laluan Subang-Glenmarie ditutup 25 hari ekoran kebocoran gas asli

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Rajah menunjukkan laluan dari arah Subang menghala ke Glenmarie yang ditutup serta laluan kontra yang dibuka ekoran kejadian kebocoran gas asli.

SHAH ALAM – Laluan dari Subang menghala ke Glenmarie ditutup selama 25 hari bermula hari ini ekoran kejadian kebocoran gas asli di lokasi projek pembinaan projek transit aliran ringan 3 (LRT3) di Jalan Persiaran Kerjaya, Seksyen U1 di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib dalam kenyataan akhbar hari ini memaklumkan saluran paip berkenaan adalah saluran utama bagi membekal gas asli ke Kuala Lumpur dan kawasan sekitar.

Katanya, penutupan itu hasil perbincangan bersama dan saranan pihak bomba atas faktor keselamatan pengguna jalan raya dan kawasan berhampiran.

“Lokasi penutupan itu merupakan penghubung laluan utama dari Subang menghala ke Glenmarie. Sekiranya penuh dijalankan akan menyebabkan kesesakan teruk ke arah Lebuhraya Persekutuan menghala ke Shah Alam.

“Bagi mengelakkan kesesakan tersebut, laluan kontra akan dibuka bermula dari simpang tiga Temasya Kasih hingga ke bangunan Palm Grove dengan jarak laluan dua lokasi tersebut adalah kira-kira 350 meter,” katanya.

Mengulas lanjut, Baharudin memberitahu, pihaknya dimaklumkan bahawa tempoh masa penutupan jalan dan pembukaan laluan kontra itu dijangka selama 25 hari bagi membolehkan kerja-kerja membaik pulih selesai dilakukan.

“Sepanjang tempoh berkenaan, bantuan rondaan daripada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik dari IPD Shah Alam dan pihak MRT akan dilakukan bagi menilai tahap kesesakan lalu lintas dan keselamatan pengguna jalan raya.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan untuk memandu secara berhemah, patuhi isyarat lalu lintas dan berhati-hati semasa melalui laluan kontra tersebut,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI