fbpx

Kerajaan tak pernah ambil ringan tangani Covid-19

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin melihat perhiasan ayat suci al-Quran yang dipamerkan di Masjid Jamek Haji Muhammad Yassin, Pagoh, Muar,hari ini. Foto NUR ALINA HASSAN

PAGOH- Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menepis dakwaan sesetengah pihak yang beranggapan bahawa kerajaan memandang ringan dalam menangani pandemik ketika ini.

Muhyiddin berkata, pihaknya sentiasa melipatgandakan usaha termasuklah bermesyurat bagi mengetahui perkembangan mutakhir mengenai kes-kes Covid-19 di seluruh negara.

“Dalam apa jua situasi dan keadaan, selagi masalah Covid belum dapat diatasi, kita akan terus meningkatkan usaha. Saya bermesyuarat setiap hari untuk perhalusi dan teliti.

“Saya sebutkan begitu bukan kerana apa, kerana ada tanggapan sesetengah masyarakat kita di Malaysia berkata bahawa kerajaan tak berusaha bersungguh-sungguh nak tangani masalah ni. Saya nak tegaskan bahawa kita sememangnya berusaha bersungguh-sungguh,” katanya.

Terdahulu, dalam perkembangan berkaitan, Muhyiddin yang juga Ahli Parlimen Pagoh menegaskan bahawa suntikan vaksin untuk rakyat adalah selamat dan telah diuji keberkesanannya.

“Jangan bimbang, vaksin yang diberi kerajaan selamat digunakan, diuji oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) yang membuat ujian saintifik. Masalah sekarang adalah hampir sembilan ke 10 juta rakyat dah daftar My Sejahtera, namun vaksin yang kita terima tidak mengikut jadual.

“Jadi, jangan salahkan kerajaan. Kita terpaksa guna pelbagai jenama sebab tiada satu-satu syarikat yang mampu bekal ke seluruh negara untuk 66 juta dos bagi lebih 30juta rakyat..-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI