fbpx

Indonesia kesan isyarat objek bawah laut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Usaha mengesan kapal selam KRI Nanggala-402 dipergiat. AFP

JAKARTA – Pasukan keselamatan mencari  KRI Nanggala – 402 berpandukan isyarat yang dikesan berasal daripada sebuah objek tidak dikenal pasti hari ini, beberapa jam sebelum kapal selam tersebut kehabisan bekalan oksigen.

Pencarian kapal selam yang hilang bersama 53 kru itu dipertingkatkan dengan Australia dan Amerika Syarikat turut serta dalam misi pencarian di sekitar perairan Bali yang menjadi lokasi KRI Nanggala terputus hubungan lebih dua hari lalu ketika menjalani latihan tentera.

Lewat semalam, pasukan tentera berkata, mereka telah mengesan sebuah objek dengan isyarat magnetik pada kedalaman antara 50 meter hingga 100 meter di bawah laut.

Kapal-kapal dilengkapi alat pengesan khas dikerah dengan harapan objek yang dikesan itu adalah daripada KRI Nanggala. Kapal selam itu mempunyai bekalan oksigen sehingga esok sahaja, kata pihak berkuasa.

“Kami hanya mempunyai masa sehingga pukul 3 pagi esok (Sabtu) jadi, kami memaksimumkan semua usaha hari ini,” kata jurucakap Tentera Nasional Indonesia,  Achmad Riad.

Di sebalik harapan untuk keajaiban berlaku, tumpahan minyak  dikesan di lokasi kapal itu menyelam. Ia membayangkan KRI Nanggala mungkin mengalami kerosakan pada tangki bahan api sekali gus mencetuskan kebimbangan insiden lebih buruk berlaku.

Terdapat juga kebimbangan kapal itu mungkin tenggelam  pada kedalaman  700 meter iaitu lebih dalam daripada had selamannya.

Kapal selam buatan Jerman itu dijadualkan membuat latihan menembak torpedo ketika meminta kebenaran untuk menyelam. Ia terputus hubungan tidak lama kemudian.

Negara jiran, Malaysia  dan Singapura menghantar kapal penyelamat yang dijadualkan tiba hujung minggu ini termasuk kapal selam penyelamat, MV Swift Rescue – AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN