fbpx

Hati-hati laman web perbankan internet palsu -MCMC

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mengesan helah scammer yang meminta pengguna melayari pautan laman web palsu menyerupai laman web perbankan internet sebenar.

MCMC dalam satu notis pemberitauan berkata, walaupun paparannya hampir sama namun alamat URL pada laman tersebut mempunyai perbezaan dan variasi dari segi nama, huruf, serta ejaan.

Pada masa sama, MCMC memaklumkan, pihaknya juga mengesan taktik untuk pengguna
menghubungi talian hotline palsu yang diberikan sebelum diminta scammer yang menyamar sebagai pegawai bank atau pihak berkuasa untuk melayari laman web palsu.

“Pengguna akan diminta memasukkan nama pengguna dan kata laluan akaun perbankan internet.

“Ada juga pengguna yang diminta memuat turun dan memasang aplikasi palsu dalam bentuk fail ‘.APK’, yang memerlukan mereka memasukkan nama pengguna dan kata laluan akaun perbankan internet,” katanya.

MCMC berkata, kombinasi helah serta modus operandi itu turut digunakan oleh scammer untuk memperdaya dan memperoleh nombor Transaction Authorization Code (TAC) / One-Time PIN (OTP) daripada pengguna.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI