fbpx

Evoair hasil R&D 12 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WAI KOON (kanan) bersama Chan (dua dari kiri) pada majlis pelancaran Evoair di Kuala Lumpur semalam.

PETALING JAYA – WKL Group (WKL) muncul sebagai pengeluar penghawa dingin mesra alam pertama di dunia yang memiliki teknologi terkini untuk mengubah sisa buangan yang dikeluarkan oleh pemeluwap penghawa dingin konvensional (unit luar) menjadi sejuk dan udara dilembapkan.

Melalui kajian dan pemba­ngunan (R&D) yang dijalankan selama 12 tahun bagi membangunkan penghawa dingin berjenama Evoair, Kumpulan mengunjurkan produknya bakal mendapat tempat di pasaran domestik dan global bersandarkan kepada permintaan yang semakin bertambah.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif WKL Group, Dr. Low Wai Koon berkata, bagi meme­nuhi tempahan tersebut, kilang baharu syarikat yang terletak di Kepong, Kuala Lumpur bernilai RM5 juta diunjurkan menghasilkan antara 250 unit hingga 500 unit penghawa dingin sehari.

“Buat permulaan, kami me­ngunjurkan jualan di pasaran runcit adalah kira-kira 3,000 ­unit sebulan sehingga akhir tahun ­ini.

“Jualan untuk pasaran ­eksport pula akan dimulakan pada tahun depan dengan mengintai peluang untuk menembusi pasaran di Singapura, Kemboja dan Thailand, seterusnya ke China,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran Evoair semalam.

Turut hadir Pengarah Eksekutif dan Pengasas bersama syarikat, Kevin Chan.

Evoair yang ditawarkan pada harga antara RM1,900 hingga RM2,900 seunit membolehkan pengguna meletakkan pemeluwap penghawa dingin di balkoni, dapur atau di taman yang berfungsi sebagai unit ­penyejuk tambahan.

Kelemahan yang terdapat pada penghawa dingin konvensional adalah alat tersebut melepaskan udara panas ke atmosfera sekitar 55 Celsius yang dikenali sebagai sisa haba yang boleh mendatangkan bahaya kepada manusia serta tumbuhan sete­rusnya kepada pemanasan global.

Wai Koon menerangkan, produk tersebut turut memberi penjimatan elektrik yang baik iaitu sekitar 20 peratus pada waktu pagi dan akan terus mening­kat kepada 45 peratus menjelang waktu tengah hari.

Mengulas lanjut, Chan me­nerangkan, WKL mengunjurkan bakal menguasai pasaran antara lima hingga 10 peratus dalam industri pasaran tempatan menje­lang dua tahun akan datang.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI