fbpx

Dua pengawal jadi keluarga angkat Bersatu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Abdul Rashid (depan dua dari kiri) ketika sidang akhbar di Shah Alam.

SHAH ALAM – Nasib dua pengawal peribadi yang dipukul kerana berpuasa sebelum ini terus mendapat perhatian apabila diambil sebagai keluarga angkat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Bahagian Klang.

Ketua Badan Pimpinan Bersatu Selangor, Datuk Abdul Rashid Asari berkata, mereka akan dibantu dari aspek kebajikan termasuk mendapatkan peluang pekerjaan baharu dengan kadar segera.

“Bersatu Selangor juga memberi bantuan RM3,000 setiap seorang kepada kedua-dua mangsa.

“Bukan sahaja untuk mereka menampung perbelanjaan sepanjang Ramadan juga penghargaan terhadap kejituan semangat mereka mempertahankan kesucian Islam dengan meneruskan ibadah puasa walaupun mereka dicederakan,” katanya dalam sidang akhbar di sini

Kedua-dua pengawal peribadi berusia 27 dan 43 tahun itu sebelum ini tular apabila dipukul dan diugut pistol oleh majikannya hanya kerana berpuasa.

Majikan dan pembantu peribadinya telah didakwa di Mahkamah Majistret Klang semalam.

Mengulas lanjut, Abdul Rashid berkata, pihaknya akan menubuhkan Pasukan Panel Peguam untuk mendapatkan pembelaan dan keadilan untuk kedua mangsa tersebut.

“Dari sudut undang-undang jenayah kami mengucapkan penghargaan kepada pihak polis dan pendakwa raya yang telah pun mengambil tindakan di bawah Seksyen 506, 109, 324, 323 dan 298 Kanun Seksaan.

“Dari sudut undang-undang sivil kami akan mengkaji untuk membantu pihak yang dicederakan untuk memulakan tindakan saman yang telah menyebabkan trauma dari sudut fizikal dan mental,” jelasnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI