PUTRAJAYA – Dua pegawai kanan sebuah syarikat pembinaan terbesar China yang bertapak di negara ini ditahan reman Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) pagi tadi.
Kedua-dua suspek berusia 40 dan 50-an itu direman selepas dipercayai telah membuat penyelewengan wang syarikat dan memberi rasuah bagi tujuan melaporkan keuntungan yang tidak benar.
Menurut sumber, kedua-dua mereka merupakan pengarah urusan dan pengarah kanan kewangan di syarikat pembinaan terbabit.
“Kesemua mereka akan direman selama empat hari bagi siasatan lanjut Seksyen 16 (b) Akta SPRM,” katanya. – K! ONLINE