fbpx

Dua lelaki leka punggah ketum dicekup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aksem merampas 276kg daun ketum di Kuala Perlis pagi tadi.

KANGAR – Dua lelaki yang leka memunggah bungkusan plastik hitam mengandungi daun ketum dari sebuah kereta ditahan Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) Perlis berhampiran Jalan Jeti Baru Kuala Perlis pada pagi tadi.

Komander Aksem negeri, Deputi Superintendan Azizan Saman berkata, berdasarkan maklumat, anggota risikan Aksem bersama Pasukan Polis Marin pergi ke satu tempat letak kereta persendirian kira-kira pukul 6.30 pagi.

Katanya, kawasan tersebut berpagar tetapi tidak berkunci sebelum mendapati dua lelaki sedang memunggah plastik hitam dari kereta jenis Nissan Sunny.

“Hasil pemeriksaan menemui 276 kilogram (kg) daun ketum di dalam 23 plastik hitam dan dua guni putih,” katanya di sini hari ini.

Kata beliau, dua lelaki tempatan berusia 19 dan 36 tahun itu kemudian ditahan dan kesemua daun ketum dianggarkan bernilai RM8,280 dirampas. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI