PETALING JAYA – Pusat beli-belah terbesar di Malaysia, 1 Utama Shopping Centre (1 Utama) di sini tampil dengan dekorasi suasana desa bertemakan Nazam di Aidilfitri bermula pada 21 April lalu hingga 16 Mei ini.
Sedikit sebanyak, ia pasti menjadi detik bermakna terutamanya buat pengunjung yang tidak dapat pulang ke kampung halaman untuk meraikan lebaran bersama sanak saudara.
Antaranya ialah Rumah Tradisional Melaka setinggi 10.67 meter yang digelar sebagai Rumah Utama terletak di bahagian Oval Concourse 1Utama.
Rumah Utama itu dibina di atas tiang-tiang tinggi serta dilengkapi 12 tangga yang dihiasi jubin bercorak dan berwarna-warni dikelilingi pokok pinang, pisang dan pohon kelapa sebenar.
“Ia dibina khas sebagai penghormatan kepada tradisi Melayu dan menjadi lambang ikonik yang diinspirasikan dari binaan asal yang telah bertahan selama beratus tahun serta diwartakan sebagai warisan sejarah negara.
“Jangan lupa masuk ke ruang tamu yang penuh nostalgia dan dilengkapi perabot antik dan barangan vintaj seperti televisyen lama dan mesin jahit Singer,” kata jurucakap 1 Utama dalam satu kenyataan akhbar baru-baru ini.
Pengurusan 1 Utama turut menganjurkan Festival Buka Puasa Makanan Jalanan selama enam hari dari 27 April hingga 2 Mei dengan penyertaan 35 vendor terkenal serta trak makanan seperti Ikan Bakar Seri Melaka, Capital Nasi Dagang Kelantan dan Sate Kajang Haji Samuri.
Turut meraikan tunas rasa ialah aneka sajian barbeku dan bakar seperti lemang, kambing, ikan, sotong dan ayam golek yang boleh didapati bermula pukul 3 petang hingga 8 malam.
Pihak 1 Utama turut menawarkan hadiah penebusan eksklusif untuk ahli ONECARD sepanjang Aidilfitri berdasarkan jumlah pembelian antara RM300 dan RM1,000 seperti set paket raya bersama dompet, mangkuk tingkat dan selendang premium Naelofa.
“Pendaftaran keahlian ONECARD selama lima tahun boleh dilakukan secara online menggunakan kod promosi RAYA20 dan ahli turut berpeluang menerima baucar e-tunai RM20 dari outlet terpilih dan pulangan tunai RM5 jika mereka memperkenalkan ONECARD kepada individu lain.
“Selain itu pelanggan yang membeli secara online melalui laman web www.oneshop.com.my sebanyak RM180 ke atas turut layak menerima mangkuk tingkat dan sampul raya dan diskaun 10 peratus untuk pembelian seterusnya menggunakan kod promo JOMRAYA,” katanya.
Maklumat lanjut mengenai acara dan promosi Hari Raya Aidilfitri di 1 Utama boleh diproleh dengan menghubungi pusat khidmat pelanggan di talian 03-7710 8118 atau melalui laman Facebook dan Instagram 1 Utama. – K! ONLINE