fbpx

Dahulu gelandangan, sekarang model glamor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALI disunting syarikat peragaan dan sudah pun terlibat dengan beberapa penggambaran fesyen. – Twitter

ABUJA, Nigeria – Nasib seorang gelandangan di Nigeria berubah sekelip mata apabila dia kini bergelar model fesyen ibarat peribahasa, tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu, lapor portal berita Oddity Central kelmarin.

Kehadiran Ali Olankumi di­sedari seorang pengarah fotografi yang menggunakan jambatan tempat dia berteduh di bandar Lagos, Nigeria sebagai lokasi penggambaran baru-baru ini.

Pengarah fotografi tersebut, Afolabi secara kebetulan me­nunggu ketibaan modelnya untuk sesi penggambaran apabila dia melihat Ali. Afolabi menganggap Ali mempunyai bentuk badan dan wajah seorang model.

“Semasa menunggu model saya tiba, saya terlihat Ali Olankumi yang sedang tidur di bawah jambatan. Saya teruja, lantas meminta dia menggayakan pakaian untuk kami,” tulis Afolabi di akaun Twitternya.

NASIB gelandangan ini berubah selepas dia ditemui oleh seorang pengarah fotografi. – Twitter

Lelaki itu menyifatkan Ali memiliki bentuk wajah, gaya dan tona kulit yang sempurna sebagai seorang peragawan.

Ciapan Afolabi menjadi tular dan sebuah syarikat peragawan antarabangsa di Lagos menghubungi Afolabi untuk bertanya tentang Ali.

Begitu pun, Afolabi membe­ritahu, dia tidak tahu syarikat mana yang menawarkan pekerjaan kepada Ali, namun lelaki itu kini mempunyai akaun media sosial yang diuruskan pihak pengurusan sebuah syarikat dan sudah terlibat dengan beberapa sesi penggambaran fesyen.

Sehingga kini, akaun Twitter bekas gelandangan itu mempunyai 3,300 pengikut.

“Saya Ali dan saya dilahirkan untuk menjadi hebat,” demikian ciapan pertama yang ditulis bekas gelandangan itu. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI