fbpx

Berpantang cara eksklusif di TYH

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tang (tengah) bersama kakitangannya yang berkemahiran di TYH Kota Damansara.

PETALING JAYA – Ingin mencari kelainan untuk berpantang cara eksklusif dengan bajet sekitar RM18,000 hingga RM45,000 selama tempoh berpantang, anda boleh merealisasikan impian tersebut di TYH Postnatal Care Centre (TYH).

Menyasarkan kepada pasangan suami isteri muda yang ber­kerjaya dan memberi peluang kepada si ibu mendapatkan rehat secukupnya bagi me­ningkatkan tahap kesihatan yang terbaik, TYH menyediakan kemudahan yang lengkap dengan pemantauan daripada jururawat berpengalaman serta doktor pakar kepada para pelanggannya.

Pengarah Eksekutif dan Ketua Operasinya, Chanie Tang berkata, perkhidmatan berpantang secara eksklusif itu sudah terkenal dalam kalangan pelanggan berbangsa Cina, tetapi masih kurang mendapat perhatian oleh pe­langgan berbangsa Melayu kerana mereka lebih suka berpantang di rumah dengan mengamalkan rawatan tradisional turun temurun.

“Perubahan gaya hidup masyarakat telah melihat kese­daran golongan muda untuk memilih pusat kesihatan post natal seperti TYH kerana di sini, tahap kesihatan mereka akan dipantau sebaik sahaja mereka dibenarkan keluar selepas bersalin dan dibawa ke sini untuk berpantang.

“Bagi pelanggan berbangsa Cina, perkhidmatan penjagaan pelanggan hanya selama 28 hari tetapi untuk pelanggan berbangsa Melayu, ia boleh dilanjutkan sehingga hari ke-44,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada sesi lawatan ke TYH di Kota Damansara dekat sini baru-baru ini.

Bilik eksklusif lengkap dengan kemudahan untuk ibu berpantang.

Tang menjelaskan, bayaran pakej yang disediakan untuk berpantang selama 28 hari adalah antara RM18,000 hingga RM36,000 manakala untuk bayaran tempoh berpantang selama 44 hari pula adalah antara RM29,000 hingga RM45,000.

Tambah beliau, pelanggan TYH akan diberi sajian sihat sebanyak lima kali sehari dengan juadah makanan bersesuaian, malah penggunaan sumber bahan mentah termasuk rempah ratus menjadikan menu yang diolah begitu enak ketika dimakan.

Selain itu, penginapan se­perti hotel butik itu akan menempatkan ruang rehat yang selesa untuk suami menemani isteri dengan kemudahan makanan percuma.

Bayi pula ditempatkan di bilik khusus dan mendapat perhatian secukup­nya oleh jururawat terlatih serta dibawa ke bilik ibu untuk menyusu selain menerima lawatan doktor kanak-kanak setiap minggu.

“Ibu dan anak yang baru sahaja keluar dari hospital akan te­rus ke TYH tanpa perlu membawa peralatan lengkap dari rumah, kerana kami akan menyedia­kan segalanya untuk pelanggan.

“Antaranya ialah lampin pakai buang tanpa had, produk mandian dan pakaian bayi, manakala rutin biasa penjagaan bayi pula ialah seperti catitan berat badan, penjagaan tali pusat, urutan badan bayi serta pemeriksaan kesihatan bayi dengan termasuk suhu badan, kadar degupan jantung dan juga pernafasan.

“Turut diutamakan ialah pemantauan terhadap penyakit ku­ning,” ujarnya.

Antara menu yang disediakan buat ibu berpantang.

Tidak cukup dengan itu, TYH turut dilengkapi pelbagai kemudahan lain seperti spa, urutan Melayu tradisional serta bertangas, sauna, bilik senaman dan kafe.

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI