fbpx

Banteras aktiviti peniaga tekan pengguna -PM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin bersama Alexander melawat ECC) di KPDNHEP di sini, hari ini. - FOTO : FAISOL MUSTAFA

PUTRAJAYA – Kerajaan perlu memastikan aktiviti para peniaga tidak beretika yang menekan dan membebankan pengguna dapat dibanteras dengan lebih menyeluruh serta berkesan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan menyedari tindakan sebilangan pemborong atau peniaga yang mengambil kesempatan dengan sewenangnya menaikkan harga barangan keperluan pada musim-musim tertentu.

Beliau berkata, kenaikan harga barang sudah tentunya membebankan pengguna terutamanya golongan berpendapatan rendah, peniaga dan penjaja kecil.

“Sejak akhir-akhir, ini kita sering mendengar banyak keluhan daripada rakyat mengenai dakwaan kenaikan harga barangan keperluan utama apabila datangnya bulan Ramadan dan kelak apabila menjelangnya musim perayaan.

“Tindakan pihak kerajaan melalui KPDNHEP melaksanakan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) bermula 21 April lalu adalah salah satu langkah menyekat kenaikan harga barangan keperluan semasa bulan Ramadan dan menjelang Hari Raya AIdilfitri kelak,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan amanat sempena lawatan ke Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC) di kementerian itu hari ini.

Turut hadir Menteri KPDNHEP, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan timbalannya, Datuk Rosol Wahid.

Sementara itu, beliau mahu melihat KPDNHEP dan lain-lain agensi kerajaan berkaitan barganding bahu mengambil langkah lebih proaktif dalam menangani isu tersebut dan melakukan pemantauan serta penguatkuasaan secara berterusan.

“Pada masa sama, rakyat juga diseru memainkan peranan aktif untuk menyalurkan maklumat kepada pihak kerajaan,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI