fbpx

40 tan udang Iran untuk dikopek dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Udang dari Iran yang dirampas Maqis Selangor, kelmarin

KLANG – Tindakan sebuah syarikat pembekalan makanan laut membawa masuk 40 tan udang putih dari Iran hanya untuk proses mengopek kulit tanpa permit import sah memakan diri apabila dirampas di Pelabuhan Barat, kelmarin.

Rampasan itu hasil pemeriksaan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia ( Maqis ) terhadap dua kontena di tapak pemeriksaan kontena, Gudang CFS 2 pelabuhan itu kira-kira pukul 12.30 tengah hari.

Pengarah Maqis negeri, Zamri Hashim berkata, pemeriksaan mendapati terdapat 4,000 kotak udang sejuk beku dalam dua kontena yang tiba di pelabuhan itu sejak dua minggu lalu.

“Berdasarkan siasatan awal mendapati udang itu dibawa masuk untuk proses mengopek kulit sahaja sebelum dihantar ke negara asal.

“Kesemua dagangan yang bernilai RM972,305.83 ditahan untuk tindakan lanjut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Beliau menjelaskan kes disiasat dibawah Seksyen 11(1), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 [Akta 728]. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI