fbpx

Wira negara terlantar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARIFAH AZIZAH setia menjaga suaminya, Harun yang terlantar akibat radang sendi di rumah mereka di Batu Buruk, Kuala Terengganu semalam.

KUALA TERENGGANU – Setengah abad lalu, kelincahan Harun Jusoh di tengah padang sebagai pemain bola sepak cukup menggerunkan pasukan lawan.

Kini pada usia 73 tahun, bekas tonggak pemain kebangsaan yang pernah beraksi pada Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada 1972 itu ‘bertarung’ dengan penyakit radang sendi yang dialami sejak sebulan lalu.

Isterinya, Sharifah Azizah Syed Omar, 69, berkata, kea­daan itu menyebabkan suaminya hanya mampu terlantar di atas katil.

“Sejak bersara daripada arena bola sepak pada awal 1980-an, suami mula menunjukkan tanda-tanda sakit saraf, namun masih aktif dan boleh menguruskan diri sendiri.

“Begitupun keadaan kesihatannya semakin merosot awal tahun ini dan disahkan menghidap radang sendi sejak sebulan lalu,” katanya di rumahnya di Batu Buruk di sini semalam.

GAMBAR kenangan Harun (duduk, tiga dari kiri) bersama rakan sepasukan ketika beraksi pada Sukan Olimpik di Munich, Jerman pada 1972.

Sharifah Azizah berkata, suaminya masih menerima pencen sebanyak RM1,800 sebulan yang digunakan untuk membeli keperluan seperti lampin pakai buang dan susu.

Menurutnya, dia juga terpaksa menggunakan khidmat jururawat harian memandang­kan keadaannya juga kurang sihat selain empat anak mereka tidak menetap di Terengganu.

Harun merupakan tonggak skuad negara dan rakan sepa­sukan Allahyarham Mokhtar Dahari di ketika beraksi di Munich selain pernah menyertai Sukan SEA 1969 di Myanmar.

Beliau turut menyarung jersi Malaysia di Sukan Asia di Tehran, Iran pada 1974 dan meraih pingat gangsa.

Harun juga membarisi skuad negara ketika mengalahkan Arsenal 2-0 dan seri 1-1 pada 1975. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI