fbpx

Warga emas maut dihempap pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota polis membawa mayat lelaki warga emas dipercayai maut dihempap pokok ke dalam kenderaan polis dalam kejadian di Kampung Rugading Kibambangan kelmarin.

PENAMPANG – Seorang lelaki warga emas maut dipercayai dihempap dahan pokok sewaktu melakukan kerja pembersihan kebunnya di Rugading Kibambangan kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 10 pagi itu, mangsa yang berusia 69 tahun dikatakan sedang memotong dahan di kawasan berkenaan bersama anaknya sebelum dihempap pokok berkenaan.

Ketua Polis Daerah Penampang, Deputi Superintendan Mohd Haris Ibrahim berkata, kejadian terbabit berlaku ketika mangsa sedang menebang dahan kayu.

“Bagaimanapun, tiba-tiba dipercayai sebatang dahan telah jatuh dan terkena kepala mangsa mengakibatkan mangsa menjerit kesakitan serta meminta tolong.

“Anak mangsa kemudiannya segera menghubungi talian kecemasan bagi mendapatkan bantuan. Pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Penampang yang menerima panggilan kecemasan terus bergegas ke lokasi kejadian untuk memberi bantuan kecemasan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Dalam pada itu, Mohd Haris berkata, mangsa disahkan meninggal dunia ketika cuba dibawa keluar daripada kebun terbabit.

“Siasatan awal mendapati mangsa sudah berada di kebun itu selama seminggu,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI