fbpx

USM IPT ke-39 terbaik dunia laksana amalan kelestarian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Kampus induk USM di George Town.

GEORGE TOWN – Universiti Sains Malaysia (USM) menduduki tempat ke-39 dalam penarafan impak global yang diumumkan Times Higher Education (THE) 2021 kelmarin.

Kedudukan tersebut merupakan yang tertinggi dalam kalangan institusi pengajian tinggi (IPT) di negara ini iaitu melonjak dari kedudukan ke-65 pada tahun lalu.

USM dalam satu kenyataan hari ini berkata, pencapaian terbaharu itu semakin mengukuhkan kedudukannya sebagai antara institusi terbaik dunia dalam menyelesaikan cabaran globalisasi berkaitan kemanusiaan.

“Antara universiti terkenal lain yang berada dalam senarai itu adalah King Abdulaziz University, Arab Saudi pada kedudukan ke-46, Trinity College Dublin, Republik Ireland (ke-57), University of Liverpool, United Kingdom (ke-72), Massachusetts Institute of Technology, Amerika Syarikat (ke-76) dan Deakin University, Australia (ke-79).

“Di peringkat ASEAN pula, USM secara keseluruhannya menduduki tangga kedua di belakang Chulalongkorn University, Thailand (ke-23) dan dalam kalangan negara Asia, USM berada pada kedudukan kelima,” kata kenyataan itu hari ini.

Senarai berkenaan membabitkan lebih 1,200 institusi di 98 buah negara dan rantau di seluruh pelusuk dunia.

University of Manchester, United Kingdom berada pada kedudukan pertama, manakala kedudukan 10 teratas dikuasai oleh universiti dari Australia.

Sementara itu, kenyataan tersebut menambah, USM juga menunjukkan prestasi membanggakan apabila berada pada kedudukan kelapan dunia untuk SDG16 (Keamanan, Keadilan dan Institusi yang Kukuh). – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI