fbpx

Tular lelaki didakwa curang disimbah air

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video kejadian tersebut yang tular di media sosial.

PETALING JAYA – Media sosial hari ini hangat dengan penularan video seorang lelaki yang didakwa curang telah disimbah dengan air ketika sedang makan di sebuah restoran makanan segera.

Menerusi sebuah video yang dimuat naik di laman Facebook itu, seorang lelaki dan seorang wanita dilihat sedang leka menikmati makanan tiba-tiba didatangi wanita dipercayai teman wanitanya.

Wanita itu kemudian dilihat mengambil cawan berisi air dan terus menyimbah lelaki berkenaan dan pada masa sama dia dilihat berang dengan lelaki tersebut yang dipercayai telah berlaku curang.

Tindakan wanita itu menyebabkan pasangan terbabit segera bangun dan beredar dari kedai makan tersebut.

Video itu turut tular di Twitter dan mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang rata-ratanya berpuas hati dengan tindakan wanita itu.

Tidak kurang juga ada yang menganggap video itu hanya lakonan semata-mata.

“Dah selalu sangat tengok kandungan macam ini, akhirnya dapat tahu semua lakonan semata-mata,” kata seorang netizen dikenali sebagai Queen Bie.

Seorang lagi netizen berkata, tindakan wanita itu terburu-buru dan memalukan kerana hal peribadi seperti itu seeloknya tidak diselesaikan di tempat awam.

“Buat malu dekat tempat awam nak bergaduh. Belum jadi hak pun. Kalau aku jadi perempuan itu, aku tinggalkan sahaja. Tak Perlu buat kecoh lagi-lagi di tempat awam,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI