fbpx

Taiwan miliki rakyat paling tidak subur di dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Penduduk tempatan beratur untuk mendapatkan baucar pasar raya di kuil Lungshan di Taipei pada 26 Januari lalu. - AFP

TAIPEI – Kadar kesuburan rakyat Taiwan bagi satu kelahiran untuk seorang wanita akan menjadi paling rendah di dunia tahun ini, demikian menurut tinjauan terbaharu Agensi Pusat Risikan Amerika Syarikat (AS).

Menurut laporan agensi berita Kyodo semalam, statistiknya yang diterbitkan secara online menunjukkan bahawa di antara 227 negara dan wilayah, Taiwan berada pada kedudukan terakhir dengan 1.07 anak per wanita.

Angka tersebut adalah satu kedudukan yang jauh di bawah kadar penggantian 2.1 yang diperlukan untuk menjaga populasi sesebuah negara.

Lima negara yang berada di tangga terbawah semuanya di rantau Asia dengan anggaran kadar kesuburan di bawah 1.23.

Negara-negara yang terbabit adalah Hong Kong, Macau, Singapura, Korea Selatan dan Taiwan.

Jepun berada di kedudukan ke 218 dengan anggaran kadar kesuburan 1.38.

Malaysia berada di tangga 154 dengan anggaran kadar kesuburan pada tahun ini adalah 1.76, Indonesia di kedudukan 106 (2.06) manakala Thailand pula pada nombor 194 (1.54).

Negara di benua Afrika mempunyai kadar kesuburan tertinggi di dunia dengan Nigeria di tempat pertama pada angka 6.91 kanak-kanak setiap wanita.

Ia diikuti oleh Angola, Republik Demokratik Kongo, Mali dan Chad.

Jumlah kesuburan dikiran dengan membandingkan angka rata-rata jumlah anak yang akan dilahirkan setiap wanita sekiranya semua wanita hidup hingga akhir tahun untuk melahirkan anak mereka dan bayi dilahirkan mengikut kadar kesuburan yang diberikan pada setiap usia.

Kadar kelahiran Taiwan yang merosot menimbulkan masalah dalam peta sosial dan ekonomi.

Ini kerana kerana rakyat Taiwan kebiasaannya mempunyai jangka hayat hidup jauh lebih lama dengan unjuran yang menunjukkan bahawa pada 2025, Taiwan akan menjadi masyarakat yang warga emas dengan 20 peratus penduduknya berusia lebih dari 65 tahun. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI