fbpx

Suzuki sah kekal bersaing di MotoGP

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUZUKI melakar kejutan musim lalu apabila muncul juara dalam kategori pengeluar dan pelumba pada musim lalu. – AFP

LONDON – Suzuki Motor Corporation (SMC) mengumumkan secara rasmi apabila mereka sah melanjutkan komitmen mereka dalam Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP) bagi tempoh lima tahun lagi sehingga 2026.

Pasukan tersebut menandatangani kontrak dengan Dorna Sports sekali gus bertekad untuk mencatat sejarah dalam perlumbaan itu selepas musim lalu pelumba terbaiknya, Joan Mir me­lakukan kejutan meraih gelaran dunia pertama dalam perlumbaan MotoGP.

Selama 40 tahun dalam kancah perlumbaan, Suzuki memenangi enam gelaran kelas perdana menerusi Barry Sheene (1976-1977), Marco Lucchinelli (1981), Franco Uncini (1982), Kevin Schwantz (1993) dan Kenny Roberts Jr (2000).

Pada 2011, Suzuki membuat kejutan apabila menarik diri dalam saingan MotoGP selepas mengalami masalah kewangan. Bagaimanapun, pada 2015, Suzuki kembali bersaing dalam perlumbaan MotoGP.

Ketika ini, Suzuki adalah pengeluar kelima yang menandatangani perjanjian lima tahun bersama Dorna dan hanya pasukan Aprilia belum melanjutkan kontrak kerana baki kontrak pasukan Itali itu hanya akan ­berakhir pada musim 2022.

Suzuki adalah pengeluar kelima yang menandatangani perjanjian lima tahun baharu penganjur MotoGP, Dorna.

“Suzuki Motor Corporation, berasa bangga dapat meneruskan persaingan dalam perlumbaan MotoGP untuk tahun-tahun mendatang. Pasukan ini sentiasa mempunyai impian untuk mencabar dan menilai prestasi sendiri ketika bersaing dalam perlumbaan kompetitif seperti MotoGP.

“Kami memulakan perjalanan baharu ini pada tahun 2015 dan hanya dalam enam tahun kami meraih gelaran dunia dan pasti kami masih dahagakan lebih ba­nyak kejayaan.

“Atas sebab-sebab ini kami te­lah memperluas perjanjian kami dengan Dorna dengan harapan dan komitmen untuk meneruskan pembangunan jentera Suzuki dan syarikat,” kata ketua projek Suzuki Shinichi Sahara.
– AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI