fbpx

Sultan Johor berkenan namakan cucu Tunku Zahrah Zarith Aziyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sultan Ibrahim.

JOHOR BAHRU – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berkenan menamakan puteri Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail dengan nama Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail.

Yang Dipertua Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Dr. Abdul Rahim Ramli mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan pihaknya hari ini.

“Menjunjung titah, Jumaah Majlis Diraja Johor sukacita mengumumkan bahawa Sultan Yang DiPertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta’zim dengan telek pandang dan limpah perkenan Tuanku dan dengan persekutuan Jumaah Majlis Diraja menamakan puteri Tunku Mahkota Johor yang diputerakan pada 21 April 2021 bersamaan 9 Ramadan 1442H di Hospital Sultanah Aminah Johor Bahru seperti berikut;

“Yang Amat Mulia Tunku Zahrah Zarith Aziyah Tunku Ismail,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Puteri itu merupakan anakanda keempat Tunku Ismail dan isterinya, Che’ Puan Khaleeda Bustamam yang berkahwin pada 24 Oktober 2014.

Pasangan Diraja itu sebelum ini dikurniakan seorang puteri, iaitu Tunku Khalsom Aminah Sofiah dan dua orang putera, Tunku Iskandar Abdul Jalil Abu Bakar Ibrahim dan Tunku Abu Bakar Ibrahim. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI