fbpx

Sindiket tipu pencari kerja tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Mahidisham (kiri) menunjukkan dua fotofit suspek yang sedang dijejaki pihak polis berhubung kes penipuan melibatkan pencari pekerjaan.

KUALA LUMPUR – Tindakan satu sindiket memperdaya golongan pencari pekerjaan untuk mengaut keuntungan tidak berpanjangan apabila pihak polis menyerbu sebuah rumah di ibu negara 15 April lalu.

Pemangku Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Kuala Lumpur, Superintendan Mohd. Mahidisham Ishak berkata, pihaknya menerima laporan daripada seorang wanita pada 14 April lalu memaklumkan telah ditipu oleh sebuah sindiket pencari pekerjaan.

“Mangsa yang berusia 20 tahun itu mendakwa telah ditawarkan pekerjaan menerusi aplikasi Whatsapp sebagai ‘ejen pembelian online’ dengan upah dibayar menerusi komisyen sebanyak 8 peratus.

“Menurut mangsa, daripada tujuh transaksi yang dibuat, dia bagaimanapun hanya dibayar untuk dua pembelian sahaja mengakibatkan kerugian berjumlah RM11,194,” katanya pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur hari ini.

Menurut Mohd. Mahidisham, mangsa yang sedar telah ditipu kemudiannya membuat laporan polis di Balai Polis Jalan Tun Razak.

“Susulan laporan yang diterima, sepasukan polis dari JSJK Wangsa Maju telah menyerbu sebuah premis di ibu sekitar ibu negara yang dipercayai dijadikan sebagai pusat operasi sindiket berkenaan dan menahan sembilan ahli sindiket tersebut.

“Mereka yang ditahan dalam serbuan kira-kira pukul 4.30 petang itu terdiri daripada lima lelaki tempatan dan empat wanita termasuk seorang warga Thailand berusia 17 hingga 37 tahun dan sindiket ini dikesan aktif sejak bulan lalu,” katanya.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI