fbpx

Sembunyi arak RM1.2 juta bawah timbunan besi buruk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Khairi (kiri) menunjukkan minuman keras yang dirampas pada sidang akhbar di Bukit Kayu Hitam. - Foto SHAHIR NOORDIN

BUKIT KAYU HITAM – Taktik licik penyeludup meletakkan lebih 1,000 karton minuman keras di bawah timbunan besi buruk berjaya dibongkar Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (Aksem) semalam.

Rampasan dilakukan selepas anggota Aksem menahan dua buah lori tiga tan yang baru tiba di Jeti Jabatan Laut, Kuala Kedah dekat sini dari Langkawi menggunakan tongkang kira-kira pukul 11 pagi.

Komander Aksem Bukit Kayu Hitam, Asisten Superintendan Mohd. Khairi Abdullah berkata, pemeriksaan mendapati dua lori itu membawa muatan besi buruk.

“Kalau tengok daripada mata kasar, lori tersebut kelihatan seperti membawa besi buruk.

“Bagaimanapun setelah dikeluarkan besi-besi buruk itu, kita mendapati sejumlah karton minuman keras pelbagai jenama tersembunyi di bawahnya,” katanya pada sidang akhbar di Pejabat Aksem Bukit Kayu Hitam di sini hari ini.

Katanya, nilai keseluruhan minuman keras yang dirampas dianggarkan bernilai hampir RM1.2 juta termasuk cukai.

“Ini kali pertama taktik sebegitu dikesan dengan siasatan lanjut masih dijalankan bagi mengenal pasti mereka yang terlibat,” ujarnya.

Tambahnya, sehingga kini masih belum ada sebarang tangkapan dilakukan dan kes diserahkan kepada pihak kastam untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 135(1)(e) Akta Kastam 1967,” ujarnya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI