fbpx

Penjawat awam, pesara terima bantuan tunai raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Kerajaan bersetuju memberi bantuan khas kewangan Aidilfitri sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam Gred 56 ke bawah termasuk kakitangan Contract Of Service, Contract For Service, Pegawai Sambilan Harian serta lantikan di bawah Program Kerja Jangka Pendek (MYSTEP).

Bantuan khas Aidilfitri itu juga akan diberikan kepada pesara kerajaan dengan jumlah bayaran sebanyak RM250.

Pejabat Perdana Menteri berkata, pembayaran bagi bantuan khas itu akan dibuat bersama dengan pembayaran gaji bulan Mei iaitu pada 6 Mei depan.

“Bantuan khas tersebut akan memanfaatkan lebih 2 juta penjawat awam dan pesara,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Pejabat Perdana Menteri berkata, pemberian itu adalah bagi menghargai jasa dan pengorbanan penjawat awam dalam menggalas tanggungjawab menyampaikan perkhidmatan kepada rakyat terutamanya semasa negara mengharungi tempoh yang penuh cabaran ini.

“Pengumuman pemberian Bantuan Khas Kewangan Aidilfitri pada tahun ini dibuat lebih awal daripada tahun-tahun sebelum atas keprihatinan kerajaan dalam membantu mereka membuat persiapan awal menjelang Hari Raya Aidilfitri,” katanya.

Katanya, kerajaan berharap dengan pemberian bantuan itu dapat meringankan beban kewangan kepada penjawat awam dan pesara serta dijadikan sebagai pemangkin kepada mereka untuk terus berkhidmat dengan penuh dedikasi. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI