KETIKA semua sedang terbuai dengan kisah cinta romantis Uqasha Senrose dan Kamal Adli, fokus tiba-tiba teralih kepada pelakon Nelydia Senrose.
Mana tidaknya, Nelydia tampil manis berhijab pada majlis sambutan hari lahir Kamal baru-baru ini. Alahai, cantiknya!
Manis memakai selendang hitam, dia memang nampak sangat ayu dengan penampilan begitu.
Namun, tidak pastilah imej tersebut kekal atau hanya sekadar menghormati bulan Ramadan sahaja.
Disebabkan imej berkenaan, ramai yang mendoakan agar dia terus istiqamah dengan penampilan tersebut.
Mizz Lahar pun doakan agar Nelydia kekal berhijab. Harap sangat tiada lagi kisah artis tudung ‘terbang’ selepas ini.
MIZZ LAHAR: Ramai artis wanita yang berhijab pada bulan Ramadan ini. Alhamdulillah. Semoga diberikan hidayah dan rahmat daripada Tuhan.