fbpx

MI5 Britain kini ada Instagram rasmi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ibu pejabat MI5 di Sungai Thames, Westmisnter, London. - PA

LONDON – Agensi risikan Britain, MI5 membuat debut dalam dunia media sosial apabila membuka sebuah akuan Instagtam rasminya, lapor akhbar Daily Mail, kelmarin.

Selepas bertahun-tahun memantau media sosial untuk mengintip potensi kewujudan komplot pengganas dan ancaman lain, MI5 bakal bnerinteraksi dengan dunia luar secara terbuka.

MI5 menjanjikan akaun tersebut, @ mi5official, akan ‘memerangi’ mitos-mitos popular mengenai kegiatannya, memberikan penjelasan mengenai terminologi perisikan, mempromosikan peluang kerjaya dan berkongsi peristiwa-peristiwa sepanjang 112 tahun sejak MI5 beroperasi.

Bagi agensi risikan yang tidak membenarkan kakitangan mereka berkongsi apa sahaja mengenai kehidupan peribadi mereka di media sosial, tindakan memiliki akaun Instagram itu dianggap satu perbuatan yang ironi.

MI5 juga merancang  menjadi hos bagi sesi Soal Jawab online dengan melayani pegawai perisik dan mempromosikan peluang kerjaya di rangkaian sosial milik Facebook, yang mempunyai lebih dari satu bilion pengguna di seluruh dunia.

Begitupun, ia bukan agensi perisik Inggeris pertama yang menyertai Instagram. Ibu Pejabat Komunikasi Kerajaan (GCHQ) dan Pusat Keselamatan Siber Nasional bergabung pada  2018 untuk menubuhkan akaun media sosial.

Agensi  yang terkenal beroperasi secara sebalik tabir mula mengiklankan jawatan kosong secara terbuka dalam beberapa tahun terakhir ini.

Langkah itu berlaku beberapa bulan selepas Ketua Pengarah Baharu MI5, Ken McCallum mendedahkan beliau mahu agensi yang konservatif itu lebih terbuka dengan perubahan zaman moden.

“Sebahagian besar dari apa yang MI5 lakukan perlu tetap berjalan secara senyap tetapi kewujudan kami sebagai sebuah organisasi tidak perlu dirahsiakan,” katanya dalam sidang media pertamanya pada Oktober tahun lalu.

“Sebenarnya, bersikap terbuka adalah kunci kejayaan masa depan kita,” tambah McCallum, seorang veteran MI5 lebih 25 tahun yang mengawasi semua operasi kontra-keganasan di sekitar Olimpik London 2012. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI