fbpx

Malaysia terbitkan Sukuk Kelestarian dalam dolar AS

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tengku Zafrul

PUTRAJAYA – Kerajaan Malaysia menerbitkan Sukuk Kelestarian berdaulat yang pertama di dunia dalam dolar AS menerusi terbitan bertempoh matang 10 tahun dengan jumlah AS$800 juta (RM3.3 bilion).

Pada masa sama, kerajaan juga menerbitkan sukuk bertempoh matang 30 tahun berjumlah AS$500 juta (RM2.06 bilion).

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan akhbar hari ini berkata, keyakinan pelabur jelas dicerminkan melalui lebihan langganan sebanyak 6.4 kali bagi sukuk berkenaan.

Menurutnya, berikutan permintaan yang amat menggalakkan, kerajaan memutuskan untuk meningkatkan saiz terbitan asal daripada AS$1.0 bilion (RM4.1 bilion) kepada AS$1.3 bilion (RM5.34 bilion)

“Apa yang lebih penting, permintaan ini mencerminkan keyakinan pasaran ke atas pemulihan dan prospek pertumbuhan ekonomi Malaysia walaupun berhadapan dengan cabaran getir akibat pandemik Covid-19 dalam tempoh setahun lalu,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI