fbpx

Lelaki ditahan bersama syabu RM6.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Razaruddin (empat dari kanan) pada sidang akhbar di IPD Seberang Perai Tengah di Bukit Mertajam hari ini.

SEBERANG PERAI – Polis berjaya melumpuhkan satu sindiket pengedaran dadah selepas menahan seorang lelaki bersama dadah jenis syabu dan heroin base bernilai RM6.5 juta menerusi dua serbuan di sini pada Isnin dan semalam.

Operasi itu membabitkan dua serbuan terhadap sebuah kereta di Bukit Mertajam kira-kira pukul 2 petang Isnin lalu dan di sebuah rumah yang dijadikan stor menyimpan dadah di Nibong Tebal kira-kira pukul 11.30 pagi semalam.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Bukit Aman, Datuk Razarudin Husain berkata, menerusi serbuan pertama, pihaknya menahan seorang lelaki disyaki pengedar dadah berusia 31 tahun.

“Kita menemui 72 ketulan mampat disyaki dadah jenis heroin base seberat 26.9 kilogram (kg) dan 19 bungkusan teh cina disyaki syabu seberat 20 kg bernilai RM3.06 juta di dalam kereta.

“Manakala menerusi serbuan kedua, sebanyak 92 bungkusan sama disyaki mengandungi syabu (95.6 kg) bernilai RM3.45 juta dirampas,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Seberang Perai Tengah di sini hari ini.

Dadah berkenaan dianggarkan boleh digunakan oleh 2.36 juta penagih dadah.- K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI