fbpx

Lagu baharu (G)I-DLE tanpa Soojin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
KUMPULAN (G)I-DLE akan meluncurkan lagu baharu tanpa melibatkan Soojin (tiga dari kanan) yang terpalit kontroversi buli.

KUMPULAN (G)I-DLE dilaporkan akan muncul dengan sebuah lagu baharu dalam masa terdekat, namun difahamkan projek tersebut tidak akan disertai seorang anggotanya iaitu Soojin.

Semuanya gara-gara penyanyi itu terpalit dengan kontroversi buli ketika zaman persekolahan yang tercetus beberapa bulan lalu.

Kumpulan itu dilaporkan akan muncul dengan sebuah single baharu berjudul Last Dance yang akan diluncurkan menerusi platform UNIVERSE.

Pada awalnya, lagu tersebut sepatutnya dikeluarkan pada hujung bulan ini selepas rakaman lagu dan penggambaran video muziknya sudah diselesaikan pada Februari lalu.

Bagaimanapun, selepas Soojin terlibat dalam skandal buli, kumpulan itu terpaksa merakam semula lagu berkenaan dengan baki lima lagi anggota lain tanpa kehadiran penyanyi itu.

Pun begitu, kemunculan Soojin dalam video muzik yang telah siap tidak akan dipadam, disunting atau dibuat semula.

Hal ini kerana Cube Entertainment dan Universe Music mendapati mereka akan berdepan kos yang sangat tinggi jika berbuat demikian.

Selepas laporan berkenaan dikeluarkan, ramai peminat meluahkan rasa tidak puas hati dengan tindakan agensi kumpulan itu kerana mereka berpendapat bahawa Soojin tidak layak dilayan sebegitu selagi dirinya belum benar-benar terbukti bersalah setakat ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI