fbpx

Hidup sukar, Suhyun luah pernah mahu bersara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SUHYUN

PENYANYI kumpulan duo popular AKMU, Suhyun mengakui dia pernah melalui banyak fasa sukar dalam hidupnya sehingga membuatkan dia terfikir untuk bersara daripada industri muzik.

Dia berkata demikian ketika muncul dalam program Hooray For Independence terbitan JTBC dan mengakui pernah berada dalam fasa terburuk sepanjang hidupnya.

“Beberapa tahun lalu, saya hilang minat untuk melakukan semua perkara. Sampaikan setiap hari saya maklumkan kepada pengurus yang saya mahu berhenti menyanyi.

“Disebabkan sedang berada dalam fasa paling rendah dalam hidup, saya banyak meminta nasihat daripada rakan senior seperti IU dan Yoo Hee-yeol,” katanya.

Selepas menerima pandangan dan nasihat daripada mereka, dia kemudian kembali bersemangat untuk meneruskan kehidupan seperti biasa.

“Senior Hee-yeol kata, dia sangat gembira kerana ada junior seperti saya. Sekiranya saya bersara, dia akan berasa sangat sedih. Ketika melihat dia, barulah saya sedar yang diri ini berharga pada orang lain.

“Sekarang saya sudah melepasi fasa tersebut. Saya sudah boleh berdikari melakukan semua perkara sendirian dan perlahan-lahan membezakan antara soal kerjaya dan peribadi,” ujarnya lagi.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI