fbpx

Denda RM6,000 jika keluar kata-kata kesat ketika memandu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pemandu di Britain boleh didenda sehingga RM5,737 jika didapati memaki hamun pemandu lain ketika sedang memandu. - Getty Images

LONDON – Pemandu kenderaan di Britain boleh didenda sehingga £1,000 (RM5,737) jika didapati bersalah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap pemandu lain ketika memandu, lapor akhbar Daily Mail, semalam.

Kini dengan undang-undang permotoran menjadi lebih ketat di Britain, syarikat pembekal nombor plat di Leeds, Number1Plates menggesa pemandu kenderaan untuk bersikap lebih tenang ketika memandu. 

Sekiranya ditangkap mencaci pemandu lain secara lisan atau isyarat tangan, pemandu kenderaan boleh dikenakan denda hingga 75 peratus dari gaji mingguan mereka di bawah Akta Jenayah dan Gangguan 1998, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Pemandu juga boleh didenda kerana tidak dapat mengawal kenderaan sepenuhnya jika mereka melepaskan tangan dari stereng.

Kesalahan ini turut termasuk menunjukkan isyarat tangan kasar atau bertindak agresif.

Jurucakap Number1Plates, Aldan Ibbetson, walaupun situasi di jalan raya boleh menimbulkan tekanan namun kegagalan mengawal emosi boleh mengakibatkan kerugian kepada pemandu.

“Pemandu kenderaan dinasihatkan untuk kekal bertenang dan mengawal kemarahan mereka terutama jika terperangkap dalam kesesakan jalan raya.

“Tangan anda perlu kekal berada di stereng kereta dan mata harus sentiasa fokus pada pemanduan di jalan raya,” ujarnya. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI