fbpx

Bunuh diri bukan jenaka, tolong sensitif – Wany Hasrita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
WANY HASRITA

PETALING JAYA – Penyanyi Wany Hasrita melahirkan rasa kesal dan sedih apabila netizen menjadikan kes bunuh diri yang berlaku di pusat beli-belah KLCC semalam sebagai bahan jenaka.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik dalam InstaStorynya, pelantun lagu Canggung itu berpendapat, netizen seharusnya lebih bersifat sensitif dan peka terhadap isu depresi. Tegasnya, tidak wajar isu bunuh diri dipermain-mainkan dalam media sosial.

“Saya baru bali kerja, terbaca kisah tentang kejadian bunuh diri di KLCC yang terjun dari tingkat tiga. Kejadian itu sangat menyentuh hati kerana depresi itu wujud,” ulas pemilik nama Nurshazwany Hasrita Hasbullah, 29 itu mengenai insiden ngeri semalam.

Tambahnya: “Masih ada lagi yang tidak peka dan sensitif tentang isu seperti ini (bunuh diri). Ada yang jadikan bahan jenaka seperti berkata ‘fuhyoo! Pilih dekat tempat KLCC’.

Kita doakan supaya mereka diberikan kefahaman.

“Semua orang buat silap, tapi kita kena mulakan dengan mengambil berat dan menjadi lebih sensitif dengan isu-isu seperti ini (depresi dan bunuh diri).

Dalam pada itu, Wany turut memohon supaya orang ramai berhenti menyebarkan video atau gambar-gambar kejadian bunuh diri tersebut yang tidak dikaburkan.

“Bayangkan kalau kita jadi anggota keluarga mangsa atau orang yang mengenali mangsa. Saya doakan semoga anda diberikan kesihatan mental dan fizikal serta diberikan kekuatan. Semoga Allah SWT jaga,” ujar Wany.

Semalam Kosmo! melaporkan seorang lelaki maut selepas dipercayai terjun dari tingkat tiga pusat beli-belah Suria Kuala Lumpur (KLCC).

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohamad Zainal Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 1.52 tengah hari.

Dalam media sosial turut tular beberapa keping gambar memaparkan seorang lelaki terbaring di atas lantas selepas dipercayai membunuh diri dengan terjun dari tingkat tiga bangunan terbabit. – K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI