fbpx

Bekalan ayam dijamin cukup selepas raya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Alexander mengadakan lawatan di MyFarm Outlet Kasih Putrajaya di Presint 9 di sini, hari ini.

PUTRAJAYA – Bekalan ayam segar di seluruh negara dijamin mencukupi selepas sambutan Hari Raya Aidilfitri, kata Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.

Beliau berkata, jaminan itu berdasarkan perbincangan dengan beberapa pengusaha ayam terbesar yang diadakan sebelum ini.

“Selepas mengadakan konsultasi dengan beberapa pengeluar ayam yang menternak dalam skala besar, mereka memberi jaminan bekalan ayam mencukupi sehingga selepas Hari Raya Aidilfitri.

“Semalam saya juga menghubungi salah  seorang pengusaha ladang  ternakan ayam terbesar dan beliau beri jaminan bekalan ayam mencukupi untuk memenuhi  permintaan pasaran,” katanya selepas mengadakan tinjauan pematuhan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) 2021 di MyFarm  Outlet Presint  9, di sini hari ini.

Beliau berkata, memandangkan bekalan  ayam mencukupi, jadi tiada alasan bagi  pengusaha dan  peniaga untuk  tidak  mematuhi  harga  ayam yang  ditetapkan dalam  SHMMP 2021 yang berkuat kuasa semalam.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI