SEREMBAN – Sebuah bangunan lama di Jalan Dr. Krishnan di sini yang pernah menjadi lokasi panggung opera pada lewat 1910 dan pawagam musnah dalam kebakaran awal pagi tadi.
Ketua Balai Bomba Seremban, Mohammad Idris berkata, pihaknya mendapat panggilan pada pukul 4.08 pagi dan tiba di lokasi kejadian 10 minit kemudian.
“Kebakaran pawagam lama tersebut melibatkan lima unit bangunan kedai dua tingkat. Ketika operasi pemadaman, bangunan lama berkenaan kosong dan musnah 100 peratus.
“Pihak bomba berjaya memadamkan api sepenuhnya dan operasi tamat 8.40 pagi tadi,” katanya ketika dihubungi hari ini.-K! ONLINE