fbpx

APM Kelantan bantu 25,749 penduduk daftar vaksin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota APM membantu penduduk kampung mendaftar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sejak 20 Mac lalu.

KOTA BHARU – Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Kelantan sudah membantu seramai 25,749 orang penduduk di luar bandar di negeri ini untuk mendaftar Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) sebulan lalu.

Pengarah APM Kelantan, Zainuddin Hussin berkata, kebanyakan golongan yang dibantu melalui projek Agen Basmi Covid-19 (ABC-19) itu terdiri daripada golongan warga emas, orang kelainan upaya dan penduduk yang tidak mempunyai telefon pintar.

Menurutnya, daripada jumlah keseluruhan, seramai 14,364 orang dibantu di Pasir Mas, Gua Musang (5,181), Machang (2,147), Bachok (2,121), Kuala Krai (1,286) dan Jeli (650).

“Usaha ini akan terus dilakukan kerana kita baru sahaja mendapat arahan daripada ibu pejabat APM untuk membantu lebih ramai individu mendaftar vaksin.

“Setakat ini, seramai 200 pegawai dan anggota APM di negeri ini telah pergi ke kawasan kampung bagi membantu penduduk mendaftar dan memberi penerangan mengenai PICK,” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini hari ini.

Menurut Zainuddin, sepanjang menjalankan projek ABC-19, penduduk akan mendaftar untuk menerima vaksin menerusi aplikasi MySejahtera atau secara manual.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI