fbpx

8 rakyat Filipina dijel kerana guna kad pengenalan palsu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) mengiringi lapan orang warganegara Filipina yang ditahan atas kesalahan menggunakan Kad Pengenalan palsu dan bekerja sebagai pengawal keselamatan untuk didakwa di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur di sini, hari ini.

KUALA LUMPUR – Lapan pengawal keselamatan warganegara Filipina masing-masing dijatuhi hukuman penjara di antara dua bulan dan 18 bulan setelah mengaku bersalah di Mahkamah Majistret berasingan di sini hari ini terhadap tuduhan berbeza berkaitan penggunaan kad pengenalan palsu.

Pertuduhan terhadap kelapan-lapan lelaki itu dikemukakan di lima mahkamah berasingan iaitu di hadapan Majistret-Majistret S. Mageswary, Tawfiq Affandi Chin, Fardiana Haryanti Ahmad Razali, Wong Chai Sia dan Aina Azahra Arifin.

Mereka terdiri daripada Romi Jikiri, Rijan Esnael, Razmie Alim, Sababon Insalon, Askun Nahilun, Buyong Akakol, Ambitun Absarun dan Asmarun Kilong.

Mereka mengaku bersalah terhadap tuduhan berlainan iaitu menggunakan kad pengenalan palsu sebagai pengenalan diri, memiliki kad pengenalan yang bukan kepunyaannya dan menggunakan salinan kad pengenalan palsu untuk permohonan pekerjaan.

Kesemua tertuduh yang berumur di antara 23 dan 58 tahun didakwa melakukan kesalahan itu pada waktu-waktu berlainan di tiga tempat berbeza.

Lokasi-lokasi tersebut ialah Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Wilayah Persekutuan, Jalan Sri Hartamas 1, Off Jalan Dutamas di sini, Stadium Negara, Jalan Stadium Bukit Bintang dan di Stadium Merdeka, Jalan Stadium.

Pendakwaan dikendalikan oleh Pegawai-Pegawai Pendakwa dari Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) iaitu Mohd. Zakuan Zakaria, Mohd. Supian Abdullah dan Mohamad Riduawan Abdullah manakala tertuduh-tertuduh tidak diwakili peguam. _K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI