fbpx

42 PATI tidak sempat pulang beraya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seramai 42 orang PATI warga Thailand yang menaiki bas persiaran ditahan PGA dalam serbuan di pangkalan haram Tok Awang Belulang, Rantau Panjang semalam. Foto Ihsan PGA 7

RANTAU PANJANG – Hasrat 42 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) termasuk dua kanak-kanak warga Thailand untuk pulang beraya di kampung halaman tidak kesampaian apabila mereka dicekup di pangkalan haram Tok Awang Belulang, di sini semalam.

Kesemua PATI itu ditahan bersama dua orang pemandu bas persiaran yang dipercayai membawa mereka ke pangkalan haram itu kira-kira pukul 7.45 malam.

Pegawai Pemerintah Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 7, Superintendan Azhari Nusi berkata, siasatan awal mendapati kesemua PATI itu dibawa dari Kuala Lumpur ke sempadan negara dengan menaiki sebuah bas persiaran yang dipandu dua lelaki itu.

Katanya, semasa menjalankan pemerhatian di kawasan pangkalan haram itu, anggota PGA telah melihat sebuah bas yang diparkir dalam keadaan mencurigakan.

“Pemerhatian lanjut mendapati, beberapa penumpang sedang turun dari bas tersebut sambil mengangkat bagasi dipercayai untuk melintas Sungai Golok.

“Ketangkasan anggota PGA yang berada di lokasi itu telah berjaya menahan kesemua PATI yang berusia tiga hingga 42 tahun daripada lolos,” katanya pada sidang akhbar di Markas PGA Lubok Stol di sini hari ini.

Azhari memberitahu, hasil pemeriksaan terhadap 30 lelaki dan 12 wanita itu mendapati, pas lawatan mereka tamat tempoh selain tidak mempunyai dokumen perjalanan yang sah.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI