fbpx

27 tan perut babi beku dirampas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Maqis Johor tahan 27 tan 'Frozen Pork Belly' dari Denmark di Pelabuhan Tanjung Pelepas, Iskandar Puteri, Johor, Selasa lalu.

ISKANDAR PUTERI – Perut babi sejuk beku seberat 27 tan yang dibawa masuk dari Denmark ditahan Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (Maqis) Johor di Pelabuhan Tanjung Pelepas, di sini Selasa lalu.

Pengarah Maqis Johor, Hizzuan Hasim berkata, penahanan itu dibuat pegawai penguatkuasa semasa melakukan pemeriksaan pada pukul 10.30 pagi.

“Pemeriksaan Maqis mendapati, kontena tersebut membawa masuk ‘Frozen Pork Belly’ seberat 27,200 kilogram (kg) yang dianggarkan bernilai RM315,520.

“Hasil pemeriksan lanjut mendapati dokumen pada kontena tersebut tidak sama seperti di dalam bil muatan yang telah dikemukakan kepada pegawai penguasa Maqis,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Tambah Hizzuan, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 13 Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) kerana melakukan pengisytiharan yang mengelirukan pihak berkuasa.-K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI