fbpx

2 pelajar UMP lemas di Air Terjun Sungai Pandan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anggota bomba mengangkat mayat dua pelajar UMP yang ditemukan lemas di Air Terjun Sungai Pandan di Kuantan, Pahang hari ini.

KUANTAN – Kegembiraan 11 pelajar Universiti Malaysia Pahang (UMP) mandi di air terjun Sungai Pandan di sini berakhir dengan tragedi apabila dua daripada mereka lemas.

Mangsa yang lemas ialah A. Sharvin Ananth, 24, yang berasal dari Skudai, Johor dan rakannya R. Goobi, 23, yang berasal dari Karak, Pahang.

Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Mohamad Noor Yusof Ali berkata, mayat pertama ditemukan pasukan bomba pada pukul 3.13 petang diikuti mayat kedua pada pukul 3.47 petang.

“Kedua-dua mangsa dijumpai di dasar sungai dengan anggaran kedalaman tiga meter oleh unit Selam Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

“Mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk pemeriksaan dan bedah siasat,” katanya di sini hari ini.

Dalam pada itu beliau berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kejadian itu kira-kira pukul 2 petang dan Unit Rondaan Bermotosikal (URB) diarahkan ke lokasi kejadian bagi tujuan pemeriksaan awal.

“Berdasarkan temubual bersama rakan mangsa, mereka mendakwa dua pelajar itu tidak timbul ke permukaan air selepas mandi bersama rakan yang lain di kawasan berkenaan.

“Seramai 10 pegawai dan anggota polis dengan bantuan 14 pegawai dan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Taman Tas serta lima anggota Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) melancarkan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sementara menunggu bantuan Unit Selam Skuba Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang tiba. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI