fbpx

Anwar tidak dibenar cabar tindakan Perdana Menteri nasihati Yang di-Pertuan Agong

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini tidak dibenar oleh Mahkamah Tinggi di sini untuk mencabar tindakan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menasihati Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah untuk menggantung persidangan Parlimen dalam tempoh darurat.

Ini berikutan keputusan Datuk Seri Mariana Yahya yang kini Hakim Mahkamah Rayuan membenarkan bantahan awal Jabatan Peguam Negara (AGC) terhadap permohonan kebenaran semakan kehakiman yang dikemukakan Ketua Pembangkang itu selaku pemohon.

Peguam Persekutuan, Mohammad Sallehuddin Md. Ali berkata, Hakim Mariana yang bertindak sebagai Hakim Mahkamah Tinggi menolak permohonan itu atas alasan mahkamah tiada bidang kuasa untuk mendengar semakan kehakiman pemohon berdasarkan Perkara 150(6) dan 150(8) Perlembagaan Persekutuan.

“Nasihat Jemaah Menteri dan Muhyiddin kepada Al-Sultan Abdullah untuk memasyhurkan Ordinan Darurat adalah tidak tertakluk kepada semakan kehakiman.

“Mahkamah menolak permohonan kebenaran semakan kehakiman pemohon tanpa kos,” katanya kepada pemberita selepas keputusan permohonan itu yang dijalankan menerusi aplikasi Zoom.

Prosiding itu turut disertai Peguam Kanan Persekutuan, S. Narkunavathy manakala Anwar diwakili peguam Ramkarpal Singh
dan Sangeet Kaur Deo. – K! ONLINE

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI