fbpx

Sistem kemasukan bernombor di bazar Ramadan MBSA

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

SHAH ALAM – Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) memperkenalkan sistem kemasukan bernombor kepada pengunjung di semua bazar Ramadan dan Aidilfitri, bermula semalam.

Ini melibatkan 51 lokasi bazar dengan 20 daripadanya dikelolakan penganjur swasta.

Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Mohd. Rashidi Ruslan berkata, langkah itu bertujuan dalam mengawal aliran keluar masuk pengunjung terutama dalam mengawal penjarakan fizikal selaras meningkatkan pematuhan prosedur operasi standard (SOP).

“Kita menetapkan secara purata hanya tiga pelanggan di satu-satu gerai dan jumlah kemasukan pengunjung adalah bergantung kepada keluasan bazar itu.

“Contohnya, bazar Ramadan di Kompleks PKNS mempunyai 60 gerai dan purata hanya tiga orang dibenarkan di satu gerai. Ini bermakna hanya 180 sahaja memasuki bazar itu dalam satu-satu masa,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Berbuka Puasa MBSA di Hotel Concorde malam tadi.

Justeru, beliau berharap kerjasama semua pengunjung dalam mengikuti sistem kemasukan bernombor itu dapat mengelak kepadatan sesebuah bazar Ramadan sehingga terpaksa dibatalkan kerana ketidakpatuhan SOP.

Mohd. Rashidi menambah, seramai 200 penguat kuasa dan pasukan khas dari Jabatan Sisa Pepejal serta Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) ditugaskan dalam pemantauan SOP di bazar Ramadan.

“Kita tidak mahu wujud kluster Ramadan pula di kawasan pentadbiran MBSA.

“Apabila bazar Aidilfitri bermula minggu kedua dan ketiga bulan Ramadan, kita akan pastikan SOP terus dipatuhi di bazar yang telah diluluskan sahaja bagi memudahkan pemantauan,” katanya.- K!ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI