fbpx

Sindiket judi untung RM20,000 sehari tumpas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Taktik sindiket perjudian dalam talian yang berselindung di sebalik kondominium mewah di sekitar Jalan Tun Razak terbongkar selepas diserbu polis pada tengah malam tadi.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Saiful Annuar Yusoff berkata, serbuan dijalankan sepasukan pegawai dan anggota JSJ Kuala Lumpur hasil maklumat dan risikan.

“Seramai 11 individu berusia dalam lingkungan 19 hingga 38 tahun termasuk seorang wanita warga China yang dipercayai penjaga premis telah ditahan.

“Sindiket ini dipercayai mempromosi judi dalam talian untuk pasaran negara China di premis yang disewa pada harga RM10,000 sebulan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Mengulas lanjut, setiap pekerja menerima upah sebanyak RM3,000 sebulan termasuk komisen untuk mendapatkan pelanggan.

“Siasatan awal mendapati, sindiket ini telah beroperasi sejak dua bulan lalu dan mampu meraih keuntungan kira-kira RM20,000 sehari.

“Serbuan tersebut juga telah berjaya merampas 100 telefon bimbit pelbagai jenama dan 17 komputer riba untuk kegunaan perjudian,” jelasnya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 4(1) (c) dan Seksyen 4(1)(g) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 serta Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1963. -K! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI