BANGKOK – Seekor seladang yang meloloskan diri dari Taman Negara Khao Sok di wilayah Surat Thani, selatan Thailand dan sebelum ini dilapor menjalin ‘hubungan cinta’ dengan seekor lembu di sebuah ladang kelapa sawit sudah pulang ke tempat asalnya, lapor akhbar The Nation Thailand Hari ini.
Seladang itu bertemu dengan lembu betina di ladang kelapa sawit tersebut yang terletak 500 meter dari lokasi ia dilaporkan terlepas ke situ Sabtu lalu.
Jabatan Taman Negara, Hidupan Liar dan Pemuliharaan Tumbuhan (DNP) menerusi Facebook rasmi mengumumkan telah memantau seladang itu sepanjang masa.
Semalam, pegawai DNP melaporkan seladang itu tidak lagi berminat menjalin hubungan ‘romantik’ dengan lembu betina yang dijumpainya itu dan ia hanya mahu bersiar-siar.
Pemilik lembu betina itu telah membiarkan lembunya keluar dari kandang dan seladang itu kemudian mengikuti lembu itu seketika sebelum kembali semula ke hutan. -Agensi