fbpx

Peniaga nasi campur pandu lalu, pelanggan dicekup JAIM

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Seorang lelaki yang dicekup menghisap rokok ketika menunggu pesanan makananya siap memberikan alasan tidak larat berpuasa ekoran menghidap kencing manis ketika di soal siasat penguat kuasa JAIM.

MELAKA – Tindakan seorang peniaga nasi campur menyediakan khidmat pesanan pandu lalu kepada umat Islam yang tidak berpuasa berjaya dihidu penguat kuasa apabila dicekup dalam serbuan Op Tak Puasa, di Bukit Baru, di sini, semalam.

Dalam operasi kira-kira pukul 1 petang itu, peniaga berusia 62 tahun itu dicekup penguat kuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) bersama-sama seorang pelanggan berusia 53 tahun.

Pengarah JAIM, Datuk Che Sukri Che Mat berkata, hasil pemeriksaan, peniaga tersebut didapati menjual nasi campur pelbagai lauk dan air minuman yang telah siap dibungkus untuk dibeli secara pandu lalu oleh pelanggan.

Katanya, peniaga tersebut pada awalnya menafikan menjual makanan kepada umat Islam, namun mengaku setelah salah seorang pelanggannya turut dicekup ketika menunggu pesanan makanannya siap.

“Pegawai Penguatkuasa Agama (PPA) telah melakukan penyamaran berjaya mengesan aktiviti membeli makanan secara pandu lalu di sebuah restoran di Bukit Baru.

“Ketika serbuan dijalankan, beberapa pelanggan telah melarikan meninggalkan restoran tersebut dan kita hanya berjaya menahan seorang lelaki yang merokok di kawasan itu ” katanya ketika dihubungi Kosmo! di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata, hasil soal, lelaki berusia 53 tahun itu memberitahu berada di kawasan itu bagi menunggu makanannya siap, dan alasan tidak berdaya untuk berpuasa disebabkan menghidap kencing manis.

“Bagaimanapun, kita lihat alasan diberikan tidak releven dengan tindakannya yang menghisap rokok di tempat awam.

“Peniaga tersebut kemudian diberikan surat perintah hadir bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 49 Enakmen Kesalahan Syariah Negeri Melaka 1991,” katanya. -K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI